Tuesday, August 4, 2009

Petua Menghilangkan Kesedihan

Belasungkawa

Stacy anak kucing kesayangan ramai telah kembali menemui Allah yang maha mengasihani. Sesugguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Kematian Stacy tentunya ada hikmah yang tersendiri. Hanya Allah Maha mengetahui.

Masih kuingat dengkuran Stacy di dalam dangkapan...

Semasa saya masih anak-anak terkadang terasa sedih tanpa sebab dalam hati. Suatu hari, ketika hal ini berlaku, ibu saya memberi petua supaya membaca Alam Nasyrah. إن شاء الله kesedihan itu akan berkurang.

Satu do'a yang ma'thur (do'a yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith yang sahih) khusus untuk kesedihan dan sebagai pelindung dari dengki khianat manusia serta memperbaiki keadaan ekonomi juga mujarab. Bukan do'a yang berkuasa tapi berkat do'a itu maka إن شاء الله akan diangkat Allah akan kesedihan kita.

“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Dapatkan satu naskhah al ma'thurat susunan Imam Hassan Al Banna bagi do'a ini dan amalkan setiap hari. 3x pagi dan 3x dikala petang.

Monday, July 6, 2009

Selamat Datang ke Blog Camana Nak Buat Tue...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات Dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke blog yang memuatkan pelbagai petua serta panduan kehidupan seharian. Silalah menyumbang serta memberi komen anda